top of page
nabalunews

Budaya toleransi terhadap buli perlu ditolak sepenuhnya

1 November 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen tegasnya untuk memerangi budaya buli yang wujud dalam masyarakat dengan menyeru masyarakat menolak budaya toleransi terhadap perbuatan tersebut.


“Jika budaya itu diterima, ia akan terus berkembang dan menjadi barah dalam masyarakat kita. Kita mesti wujudkan tradisi dan budaya yang menolak buli secara tegas kerana penerimaan budaya ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dalam negara kita,” katanya.


Beliau menekankan bahawa amalan buli berlaku kerana masyarakat memaklumi dan mempertahankan budaya tersebut.


“Kita dah bagi amaran dan nasihat. Jangan tolak ansur sama sekali kerana ia tidak berlaku secara terpisah. Ia berlaku kerana budayanya kita pertahankan. Saya nak mengulangi itu,” tambah Anwar ketika berucap dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Selain itu, Anwar juga menegaskan pentingnya membina generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kemahiran, tetapi juga berakhlak dan memiliki nilai yang luhur.

Comentários


bottom of page