top of page

BUDI: RM20 juta untuk 10,000 pelajar tahun ini

  • nabalunews
  • Jun 6
  • 1 min read

Arifin menyampaikan bantuan tunai TPNS kepada salah seorang pelajar.
Arifin menyampaikan bantuan tunai TPNS kepada salah seorang pelajar.

6 Jun 2025


KENINGAU: Kerajaan Negeri Sabah terus komited membantu pelajar negeri ini menerusi pelbagai inisiatif pendidikan, termasuk program Bantuan Tunai Pendidikan BUDI.


Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Dr Mohamad Arifin Arif berkata, sebelum ini hanya 5,000 pelajar menerima manfaat daripada program ini.


Namun katanya, tahun ini jumlah itu dinaikkan kepada 10,000 pelajar dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM20 juta.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyampaian bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan Penyerahan Sekolah Anak Angkat Daerah Keningau yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau di sini pada Selasa.


Pada majlis itu, seramai 100 pelajar IPTA/IPTS menerima bantuan tunai TPNS antara RM2,000 hingga RM10,000 seorang mengikut kategori bermula Martikulasi, Diploma, Sarjana dan Master.


Katanya, BUDI memberi bantuan tunai sebanyak RM1,500 untuk pelajar diploma, dan RM2,000 untuk pelajar ijazah pertama.


Jelas Arifin, bantuan tunai ini boleh dipohon melalui Pejabat Tugas-Tugas Khas KSTI.


Selain BUDI, pelajar juga boleh memohon bantuan lain daripada Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang memperuntukkan sekitar RM25 juta setiap tahun dalam bentuk dermasiswa.


Tambahnya, inisiatif ini bertujuan memastikan pelajar tidak tercicir daripada pendidikan hanya kerana kekangan kewangan, dan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan berkualiti di Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page