Buku ‘Harris Salleh of Sabah’ beri bayangan wujud rancangan bagi IC kepada pendatang asing – Madius
top of page
  • Farah Salim

Buku ‘Harris Salleh of Sabah’ beri bayangan wujud rancangan bagi IC kepada pendatang asing – Madius


15 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Madius Tangau mendedahkan buku bertajuk ‘Harris Salleh of Sabah’ membayangkan terdapat rancangan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri ini.


Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, semasa beliau bekerja di Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) pada tahun 1985, antara isu yang paling hangat diperkatakan pada masa itu ialah isu Pendatang Tanpa Izin (PTI).


“Saya bekerja di IDS pada tahun 1985 iaitu selepas kerajaan baharu ditubuhkan iaitu kerajaan PBS dan selepas pilihan raya tersebut (1985), kita masih ingat ada rusuhan dan pemain utama ialah PTI.


“Antara penyelidikan yang dibuat oleh IDS di Sabah ialah berkaitan PTI apa yang menariknya sebagai penyelidik pada masa itu ialah buku bertajuk ‘Harris Salleh of Sabah’ yang ditulis oleh Paul Raffaele.


“Buku ini ditulis selepas kejatuhan Kerajaan Berjaya. Apa yang menarik bagi kami ialah muka surat 425 mengenai kenyataan Tan Sri Harris Salleh (bekas ketua menteri Sabah),” katanya semasa Forum Perdana Kebanjiran PTI di Sabah (Punca dan Penyelesaian), di Palace Hotel, di sini, semalam.


Madius menunjukkan buku itu.

Madius berkata, antara petikan kenyataan Harris dalam buku itu ialah: “PBS assured the voters that it would expel these workers, but it can do nothing because this is a federal matter and if Pairin attempts to interfere by taking the law into his own hands and expelling them, Kuala Lumpur will intervene. I don’t think he will be that silly and so his supporters will become increasingly frustrated as they see a major PBS election promise go unfulfilled”.


“Instead, the federal government will watch very closely to see what the PBS government does in safeguarding the right of the Malays. If they see that PBS misbehaves they have a number of option. For instance, the federal government can register any of the refugees in three hours, three days, three months or three years. There is no law stating the time and if the federal government wanted to alter forever the voting patterns of Sabah then it can do it as easily as signing the papers.


“Already in Kudat, a PBS area now, over 3,000 Filipinos have their blue IC Cards, and when they are registered to vote, the assembly seat there will be USNO’s for the rest of this century at least. The same pattern could be repeated all over Sabah so that the Kadazans become a small minority and the PBS little more than a minor racial party. Then the Muslims will extract revenge unless PBS is very careful now not to fan the embers of their passions”.


Buku itu diterbitkan pada tahun 1996 di Hong Kong.


Madius berkata: “Dengan pendedahan itu (Buku Harris Salleh of Sabah) saya dapat memahami bukan sahaja langkah-langkah yang tidak diambil bermula daripada kerajaan Berjaya, kemudian PBS tapi juga dapat menghayati besarnya masalah ini. Sebab apa yang dinyatakan oleh Harris sudahpun berlaku, pemberian kad pengenalan”.


Katanya lagi, pada tahun 1994 beliau berpeluang menjadi calon pilihan raya atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang.


“Semasa berada di Dewan Rakyat, antara isu yang sering saya kemukakan setiap kali perbahasan dan soalan ialah isu PTI di Sabah. Ia boleh dirujuk melalui hansard Parlimen,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page