Cadangan subsidi pengangkutan barangan ke Sabah, Sarawak menerusi koperasi akan diteliti - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Cadangan subsidi pengangkutan barangan ke Sabah, Sarawak menerusi koperasi akan diteliti - Ewon


10 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA TERENGGANU: Cadangan pemberian subsidi pengangkutan untuk barangan keperluan harian dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak menerusi gerakan koperasi akan diteliti oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, berkata ini bertujuan untuk memperkasakan gerakan koperasi dan membantu mengurangkan kos sara hidup penduduk di kedua-dua negeri itu.


Beliau berkata kementerian telah menerima cadangan daripada pihak koperasi di Sabah dan Sarawak supaya kerajaan memberikan subsidi pengangkutan bagi barangan keperluan harian dari Semenanjung ke pelabuhan-pelabuhan di Sabah dan Sarawak.


"Satu daripada cadangan yang kita terima daripada pihak koperasi di Sabah dan Sarawak, adalah supaya kerajaan menyediakan subsidi pengangkutan barangan keperluan harian dari Semenanjung ke pelabuhan-pelabuhan di Sabah dan Sarawak


“Melalui gerakan koperasi, barangan-barangan keperluan tersebut dapat dijual dengan harga yang lebih murah terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman,”katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pembukaan Cawangan Ketujuh Ar-Rahnu Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) di sini hari ini.


Jelas Ewon, cadangan itu adalah salah satu daripada 35 inisiatif baharu yang dimasukkan kementerian dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan di Parlimen nanti.


"Akan ada mesyuarat khas kabinet pada Isnin minggu hadapan (14 Ogos) untuk memuktamadkan Kajian Separuh Penggal ini dan sudah tentu sebagai menteri saya mahu pertahankan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page