Cawangan penambahbaikan industri pelancongan dialu-alukan

21 January 2025
Oleh : Wartawan Nabalu News
SANDAKAN : Cadangan dan pandangan pemain serta pengusaha pelancongan untuk penambahbaikan industri itu di Sabah sangat dialu-alukan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew, berkata, pihaknya juga sentiasa terbuka untuk menerima apa sahaja pendapat berkaitan untuk menambahbaik keperluan semasa.
"Salurkan permohonan kepada mengenai apa sahaja cadangan yang ingin dikemukakan melalui surat rasmi dan seterusnya kita akan majukan kepada pengetahuan pihak kerajaan mengenai keperluan yang diperlukan," jelasnya.
Christina menyatakan perkara itu pada sidang media sejurus menghadiri Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Bersama Pengusaha, Persatuan dan Pemain Industri Pelancongan dari Sandakan dan Kinabatangan di Sabah Hotel, Sandakan pada Isnin.
Semasa sesi dialog, antara yang disuarakan hadirin termasuk keperluan jeti awam untuk pelancongan di Sandakan dan Sukau serta Kampung Bilit, Kinabatangan selain pembaikan jalan raya dan pengurusan sampah yang lebih sistematik.
Dalam perkembangan lain, Christina berkata Sandakan sememanganya memerlukan lebih banyak penerbangan langsung menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, tetapi dalam masa yang sama, Sandakan dan Kinabatangan juga perlu menyediakan penginapan dan bas pelancong serta keperluan yang lain untuk menampung keperluan kehadiran pelancong luar ke daerah itu.
Comments