top of page

Celcom Timur, SEDCO serah zakat perniagaan RM1.86 juta kepada MUIS

  • nabalunews
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

13 Mac 2026


KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.86 juta bagi tahun 2025 daripada Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).


Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding zakat yang diserahkan kedua-dua institusi berkenaan pada tahun sebelumnya.


“Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.1 juta bagi tahun 2025 berbanding RM1 juta pada tahun 2024.

“Manakala zakat yang diserahkan SEDCO bagi tahun 2025 berjumlah RM760,000 berbanding RM370,000 pada tahun sebelumnya,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Khamis.


Penyerahan zakat berkenaan turut disaksikan Tun Musa dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu.


“Peningkatan jumlah zakat yang disumbangkan menunjukkan perkembangan positif dan MUIS mengalu-alukan semua pihak supaya menunaikan zakat bagi membantu golongan yang layak menerima bantuan,” katanya.


Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha MUIS, Datuk Ramlan Awang Ali; Pengarah Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd; Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Datuk Ar. James Wong Kein Peng serta Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page