Chapel St. Petrus Lobong-Lobong Terima Sumbangan RM10,000
- nabalunews
- Sep 13
- 1 min read

13 September 2025
KOTA BELUD: Chapel St. Petrus, Paroki Bundu Tuhan, Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan tersebut disalurkan melalui permohonan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUK) dan disampaikan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Saudin kepada Pengerusi KPUK Chapel St. Petrus, Joeffrey Hurst Wealth B. Duanis dalam satu majlis ringkas di perkarangan chapel berkenaan.
Menurut Joeffrey, dana itu akan digunakan untuk menggantikan sistem pembesar suara (PA system) yang telah uzur, membeli kerusi baharu, serta menampung beberapa keperluan Liga Wanita Katolik (LWK) bagi pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan di chapel tersebut.

Beliau turut menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap masyarakat Katolik, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian.


















Comments