• Wartawan Nabalu News

COVID-19: 311 KES BAHARU, TIGA KEMATIAN DI SABAH



22 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan sebanyak 311 kes baharu Covid-19 dan tiga kes kematian di Sabah hari ini.


Kes kematian itu masing-masing satu di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 311 kes positif Covid-19 hari ini, sebanyak 102 kes atau 32.80 peratus adalah dari Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat dan selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.


“Daedah Sandakan mencatatkan sebanyak 97 kes, diikuti Kota Kinabalu (91 kes), Tuaran dan Tawau masing-masing 24 kes, Penampang (23 kes), Lahad Datu (14 kes), Pitas (11 kes) dan Papar (10 kes).


“Manakala daerah Kota Belud pula mencatatkan sebanyak tujuh kes baharu, Keningau (tiga kes), Kudat, Beluran, dan Putatan masing-masing dua kes, Semporna (satu kes).


“Beaufort, Kota Marudu, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Ranau, Kunak, Kinabatangan, Tambunan, Tongod, Telupid dan Nabawan masing-masing tidak mencatatkan kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan akhbr, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah ialah sebanyak 23,193 kes.


“Pada hari ini, seramai 398 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital. Manakala, seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com