COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH DAN LABUAN HARI INI - KP KESIHATANCOVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH DAN LABUAN HARI INI - KP KESIHATAN
top of page
  • nabalunews

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DI SABAH DAN LABUAN HARI INI - KP KESIHATAN


27 OKTOBER 2020


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan dua lagi kluster baharu COVID-19 hari ini, masing-masing satu di Sabah dan Labuan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster ketika ini adalah sebanyak 230.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Lintas di daerah Kota Kinabalu dengan enam kes telah disahkan positif hasil ujian saringan di tempat kerja semalam.

"Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan. Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana enam dikesan positif dan 15 negatif," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan harian COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes indeks bagi kluster Limbungan di Labuan pula (iaitu kes ke-18741) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil ujian saringan kontak rapat pada 15 Okt lalu.

Katanya, saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada hari ini dengan kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

"Sehingga 12 tengah hari, sejumlah 383 individu telah disaring dengan 20 kes dikesan positif COVID-19, sebanyak 44 individu negatif dan 319 individu masih menunggu keputusan," katanya.

Beliau berkata setakat hari ini, KKM merekodkan 119 kluster aktif dengan 38 daripadanya mencatatkan pertambahan kes. – Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page