top of page

COVID-19: DUA KLUSTER BAHARU DIKENALPASTI DI KOTA KINABALU, KALABAKAN

Wartawan Nabalu News


19 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua kluster baharu dikenalpasti di Kota Kinabalu dan Kalabakan hari ini dikenali sebagai Kluster Keris Residence dan Kluster Brumas.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Keris Residence melibatkan Kota Kinabalu mencatatkan 38 kes dan jumlah kumulatif 41 kes.


“Manakala Kluster Brumas di Kalabakan pula mencatatkan enam kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif 16 kes.


“Kluster ini dikesan melalui saringan kontak rapat di Kem Brumas Kalabakan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Kluster Keris Residence adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran. Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.


Sehingga hari ini sejumlah 65 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.


Kes indeks bagi Kluster Brumas pula dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Disember lalu hasil saringan kendiri. Sehingga hari ini sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page