Covid-19: kes positif baharu di sabah melepasi 2,000 kes, 15 kematianCovid-19: kes positif baharu di sabah melepasi 2,000 kes, 15 kematian
top of page
  • nabalunews

Covid-19: kes positif baharu di sabah melepasi 2,000 kes, 15 kematian



17 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini melepasi angka 2,000 iaitu sebanyak 2,103 kes peningkatan sebanyak 375 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 108,933 kes.


Sebanyak 15 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu tiga kes di Kota Kinabalu, Papar, Tawau dan Putatan masing-masing mencatatkan dua kes manakala Penampang, Keningau, Tuaran, Kunak, Kota Marudu dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang kes harian terbanyak dengan 467 kes, diikuti Tawau (255 kes), Sandakan (208 kes), Tuaran (200 kes), Keningau (163 kes) dan Penampang (135 kes).


"Daerah yang merekodkan kes melebihi angka 50 pula ialah Lahad Datu (78 kes), Kota Belud (71 kes), Tenom (61 kes), Ranau (57 kes) dan Papar (56 kes).


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di negeri Sabah iaitu faripada 2,103 kes hari ini, 1,243 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


"Kota Kinbalu merekodkan kes daripada saringan kontak rapat tertinggi iaitu 308 kes, diikuti Tawau dengan 167 kes, Tuaran (159 kes), Keningau (111 kes) dan Sandakan (104 kes).


"Selebihnya, saringan bergejala merekodkan 532 kes, saringan kluster merekodkan 161 kes, saringan bersasar pula sebanyak 38 kes dan saringan lain-lain kes merekodkan sebanyak 129 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Peratusan kes daripada saringan bergejala di Kota Kinabalu, Tawau, Penampang dan Sandakan amat tinggi, dengan Kota Kinabalu sebanyak 43.2 peratus, Penampang 38.4 peratus, Tawau 30 peratus dan Sandakan 22.2 peratus.


"Pesakit dalam Kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 969 kes, Kategori 1 582 kes, Kategori 3 sembilan kes, Kategori 4 dan 5 masing-masing mencatatkan tiga kes," katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 652 orang menjadikan jumlah kumulatif 90,356 orang.


“Seramai 5,153 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,219 orang di hospital, 3,888 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 46 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala lapan orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 168 orang dan 65 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page