• nabalunews

COVID-19: KLUSTER BATU LIMA, KOTA KINABALU CATAT 27 KES



29 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dikenal pasti di Sabah hari ini, dikenali sebagai Kluster Batu Lima melibatkan Kota Kinabalu.


Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Nov lalu hasil saringan individu bergejala.


Sehingga 29 Nov sejumlah 118 individu telah disaring di mana 49 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan 27 kes dengan saringan kontak di Kilang Besi.


Mengenai jumlah kapasiti katil, beliau berkata, sebanyak 1,007 unit katil di hospital Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) sebanyak 6,097 unit menjadikan jumlah keseluruhan 7,104 unit.


“Penambahan katil hari ini adalah daripada PKRC baharu di Sandakan iaitu PKRC Pusat Tahanan Sementara Sandakan dengan 500 unit katil serta penambahan 20 unit katil di PKRC Dewan Masyarakat Papar.


“Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.70 peratus,” katanya.