top of page
  • Wartawan Nabalu News

COVID-19: KLUSTER KUPI-KUPI, KLUSTER JALAN DOMIS PENAMPANG REKOD 64 KES POSITIF



11 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sejumlah 64 orang disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Kupi-Kupi dan Kluster Jalan Domis Penampang, setakat hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, setakat 11 Disember (hari ini), seramai 52 orang telah disaring untuk Kluster Kupi-Kupi, dan 14 orang disahkan positif.

“Manakala untuk Kluster Jalan Domis pula, sejumlah 173 saringan telah dilakukan dan daripada jumlah ini, 50 orang disahkan positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai saringan Covid-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Telipok Ria Tuaran, Masidi berkata, setakat hari ini seramai 8,535 orang telah disaring di kawasan itu.


“Daripada jumlah itu seramai 550 orang didapati positif Covid-19.


“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkerjasama dengan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengarahkan penduduk di kawasan terlibat untuk tampil menjalankan saringan.


“Kaunter saringan juga dibuka secara harian berdekatan dengan Dewan Taman Telipok Ria dari jam 9 pagi sehingga 2 petang untuk memudahkan penduduk datang menjalankan saringan mengikut masa yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.

bottom of page