• Wartawan Nabalu News

COVID-19: KOTA KINABALU TERUS CATAT KES BAHARU TERTINGGI SELURUH SABAH



4 JAN 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu positif Covid-19 di Sabah, hari ini, sebayak 303 kes, terus meningkat sejak beberapa hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 38,172 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, tiga kematian turut direkodkan masing-masing di Tawau, Keningau dan Lahad Datu.


Beliau berkata, daripada 303 kes positif Covid-19 yang direkodkan, sebanyak 221 kes berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala (56 kes), saringan kluster-kluster sedia ada (tiga kes) dan 23 kes adalah dari lain-lain kategori.


“Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 64 kes, diikuti Tawau (47 kes), Lahad Datu (39 kes), Penampang (31 kes), Sipitang (22 kes), Papar (19 kes), Sandakan (16 kes), Putatan (14 kes), Kota Belud (10 kes).


“Pitas mencatatkan sembilan kes, Keningau (lapan kes), Kinabatangan (enam kes), Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Kalabakan masing-masing tiga kes, Semporna dan Tongod masing-masing dua kes, Beaufort dan Kunak masing-masing satu kes.


“Daerah Kudat, Tambunan, Tenom, Telupid, Kuala Penyu, Beluran dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Masidi berkata, seramai 147 pesakit Covid-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang.


Katanya lagi, sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC.


“Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.