top of page

Kukuhkan Kepimpinan, Mantapkan Solidariti: Persidangan Tahunan PGRS Kadamaian 2025 Tegaskan Komitmen Ahli

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 2 min read

25 Mei 2025


KOTA BELUD: RD Paradise Centre di Kampung Sorob Tambulion menjadi medan penting buat Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) apabila bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian menganjurkan Persidangan Tahunan Wanita, Pemuda dan Beliawanis PGRS bagi tahun 2025 semalam 24 Mei 2025.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian PGRS Kadamaian, OKK Roslan Duraman, yang menekankan pentingnya ahli-ahli parti berdiri teguh menyokong sebarang calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan. Roslan turut menyuarakan aspirasi agar PGRS dapat mengetuai kepimpinan kerajaan negeri jika diberikan mandat rakyat kelak.


Dalam ucapannya, Roslan mengingatkan bahawa kekuatan parti bergantung kepada kukuhnya sokongan akar umbi. “Jika kerjasama GRS dan PH Plus dapat dikekalkan, kemenangan besar di Kadamaian bukan mustahil,” ujarnya.

Beliau turut menyeru ahli agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang disebar di media sosial.Menurutnya, rakyat perlu meneliti dan mencari fakta sebenar sebelum menerima sesuatu dakwaan.


Ketua Wanita PGRS Kadamaian, Rachel Lamam, pula dalam ucapannya menegaskan peranan wanita dalam memperkukuh parti melalui amanah yang diberi. Beliau mengajak semua sayap wanita agar terus konsisten dalam melaksanakan tugas serta memperluaskan jaringan akar umbi.


Sementara itu, Ketua Pemuda PGRS Kadamaian, Azri Kamsah, mengingatkan semua sayap parti untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa tahun ini. Tambah beliau, penambahan keahlian harus diberi tumpuan bagi memastikan kekuatan parti sentiasa berkembang.

Ketua Beliawanis PGRS Kadamaian, Nonih Gumpuhur, turut menyampaikan penghargaan kerana persidangan ini berjaya dianjurkan buat kali ketiga berturut-turut. Beliau menyeru agar suara ahli terus disalurkan kepada barisan kepimpinan untuk memperkuat struktur parti di peringkat DUN.


Turut hadir sebagai pemerhati ialah beberapa pemimpin muda dari parti sahabat termasuk Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Jolyhame Saran, Ketua Pemuda PBS Kadamaian, Melon Yaming, serta pimpinan Pemuda dan Beliawanis dari bahagian Pintasan.


Persidangan ini jelas menunjukkan tekad PGRS Kadamaian dalam memastikan parti terus kukuh menghadapi cabaran politik semasa, sambil mengekalkan kepercayaan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih stabil.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page