Polis cari remaja perempuan hilang sejak 22 Oktober

Oleh : Romie Stanley DGuns
25 Oktober 2026
KOTA KINABALU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan, Lorna Palmani, 17 tahun, yang dilaporkan keluar dari rumah dan belum pulang sehingga kini.
Menurut IPD Kota Kinabalu, remaja berbangsa Bajau beralamat di Kampung Numbak, One Borneo, Menggatal, itu dilaporkan keluar dari rumah pada 22 Oktober 2026 sekitar jam 9.00 pagi dan gagal dihubungi selepas itu.
Ciri-ciri fizikalnya ialah berbadan kurus, berkulit hitam manis, bermata hitam, berbulu kening nipis, berambut hitam paras bahu serta berbibir nipis.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan penama diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Insp. Luzee Irine Stephen di talian 014-7869365, atau mana-mana balai polis berhampiran.















Comments