• nabalunews

COVID-19: PENGLIBATAN SUKARELAWAN BANTU KKM DIALU-ALUKAN

Updated: Oct 19, 2020


19 OKTOBER 2020


Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi pandemik Covid-19 di Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun, berharap lebih ramai sukarelawan dan NGO tampil sebagai sukarelawan untuk menampung keperluan tenaga tambahan khususnya di pusat-pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di negeri ini.

“Mana-mana NGO yang ingin menyumbang boleh berhubung dengan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri,” katanya pada sidang akhbar, di sini, kelmarin.

Mengenai kempen kesedaran Covid-19, Masidi berkata kerajaan negeri akan memperhebatkan lagi kempen-kempen kesedaran itu di seluruh Sabah sebagai peringatan kepada masyarakat untuk terus mengamalkan norma baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Pendekatan bersepadu kerajaan dan langkah-langkah yang diambil oleh KKM perlu disokong oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya.