• Wartawan Nabalu News

COVID-19: TIGA DAERAH DI SABAH MASIH CATAT TIGA ANGKA


5 Nov 2020

KOTA KINABALU: Daerah Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau masih mencatatkan kes baharu tertinggi pada hari ini berbanding daerah-daerah lain di Sabah.

Kota Kinabalu mencatatkan sebanyak 183 kes positif, Sandakan sebanyak 120 kes iaitu 73 kes adalah daripada Kluster Penjara Sandakan dan Tawau (107 kes).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah Lahad Datu, Tuaran dan Papar masing-masing mencatatkan 22 kes, Putatan (19 kes), Penampang (18 kes), Keningau dan Kunak masing-masing 10 kes, Kudat (lapan kes), Semporna (enam kes), Kota Marudu (lima kes), Kota Belud (empat kes), Beluran, Beaufort dan Kuala Penyu masing-masing dua kes, Pitas dan Telupid masing-masing satu kes.

“Daerah lain seperti Kinabatangan, Tongod, Sipitang, Ranau, Tenom, Tambunan dan Nabawan tidak mencatatkan kes baharu pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Masidi berkata, pada hari ini dua kluster baharu dikenalpasti iaitu Kluster Sutera di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 15 kes dan Kluster Ria di Tuaran sebanyak sembilan kes.

“Daerah Sandakan mencatatkan sebanyak 120 kes pada hari ini.

Beliau berkata, jumlah katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 939 katil manakala Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 7,994 katil menjadikan jumlah keseluruhan 8,933 katil.

Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 36.46 peratus.