• Wartawan Nabalu News

COVID-19: TIGA KEMATIAN DILAPORKAN DI SABAH



21 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini, masing-masing di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr.Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 332 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Beliau berkata kes kematian ke-330 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 62 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis, obesitI dan penyakit buah pinggang kronik, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.


“Kes kematian ke-331 juga melibatkan lelaki tempatan berumur 78 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.


“Kes ke-332 pula melibatkan seorang wanita bukan warganegara berumur 55 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis meninggal dunia di Hospital Keningau," katanya.