top of page

DBKK keluar 18 kompaun dalam Operasi Iklan 1.0

  • nabalunews
  • May 17
  • 1 min read


17 Mei 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan 18 kompaun terhadap peniaga dan pengiklan dalam Operasi Iklan 1.0 yang dilaksanakan sejak awal Mei lalu.


DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan kompaun melibatkan nilai RM19,000 itu melibatkan pelbagai kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Iklan) 1983.


“Ia termasuk kesalahan mempamerkan iklan papan tanda premis perniagaan tanpa lesen, penggunaan iklan gegantung dan sepanduk tanpa permit sah serta paparan iklan yang telah tamat tempoh.



“Operasi besar-besaran yang dikendalikan oleh Jabatan Pelesenan DBKK ini menumpukan kepada lokasi di sekitar pusat bandar raya, Inanam, Kepayan dan Lido,” menurut kenyataan itu.


DBKK turut menasihatkan para peniaga dan pengiklan agar mendapatkan kelulusan lesen iklan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.


Katanya, ia termasuk denda yang boleh mencecah sehingga RM5,000 jika disabitkan kesalahan.


Dalam pada itu, DBKK turut memaklumkan, operasi akan diteruskan dalam fasa seterusnya melalui Operasi Iklan 2.0.


Katanya, ia akan diperluaskan ke kawasan pinggir pusat bandar termasuk Lintas, Tanjung Aru, Likas, Manggatal, Kolombong dan kawasan sekitar.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page