top of page

DBKK Lulus Tiga Lokasi Penganjuran Perhimpunan Solidariti Zara Qairina

nabalunews
Aug 14, 2025
1 min read

14 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meluluskan penggunaan tiga lokasi di bawah seliaannya bagi penganjuran perhimpunan solidariti Zara Qairina Mahathir yang dijadualkan berlangsung esok dan Sabtu ini.


DBKK dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lokasi berkenaan ialah Padang Merdeka dari 7 malam hingga 11 malam pada Jumaat, manakala pada 16 Ogos di Taman Chong Thien Vun dari 2 petang hingga 4.30 petang serta Lintasan Deasoka dari 5.30 petang hingga 11 malam.


"Kebenaran ini diberikan mengikut prosedur DBKK serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan, termasuk ketetapan pihak berkuasa berkaitan," menurut kenyataan itu.


Dalam pada itu katanya, ruang legar kawasan bangunan DBKK tidak termasuk dalam senarai lokasi yang diluluskan seperti yang tular di media sosial.


DBKK turut menyeru orang ramai yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga kebersihan dan menggunakan kemudahan sedia ada secara bertanggungjawab sepanjang ia berlangsung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page