top of page

DBKK Tutup Jalan Bandaran, Taman Poket Sempena KK Culture On Stage 2026

nabalunews
2 hours ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA KINABALU, 6 Okt - Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini memaklumkan akan berlakunya penutupan sementara jalan raya dan tempat letak kereta bagi memberi laluan kepada penganjuran Program Citra Budaya Kota Kinabalu "KK Culture On Stage 2026" Siri 4.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK, penutupan Jalan Bandaran akan berkuat kuasa bermula pada 8 Oktober 2026 (Khamis), jam 7.00 malam sehingga 10 Oktober 2026 (Sabtu), jam 10.00 malam.


Selain itu, Tempat Letak Kereta di Taman Poket juga akan ditutup pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) mulai jam 1.00 pagi hingga 10.00 malam.


Sehubungan dengan itu, DBKK menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas serta menggunakan jalan alternatif bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan terlibat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page