• Wartawan Nabalu News

DPMM GESA KERAJAAN LANJUTKAN MORATORIUM SEHINGGA DIS INI

Updated: Feb 2


GAMBAR HIASAN

12 OKTOBER 2020


OLEH WARTAWAN NABALU NEWS


KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Sabah mengesa agar kerajaan membenarkan penyambungan terus moratorium sehingga Disember ini kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah yang terjejas teruk akibat penutupan premis perniagaan.


Yang Dipertua DPMM Sabah Datuk Awang Sham Amit berkata, ini kerana ramai usahawan PKS yang terjejas terpaksa menanggung kos perbelanjaan bulanan.


“Saya memohon agar kerajaan dapat memberi moratorium secara terus kepada usahawan khususnya PKS di negeri ini sehingga Disember ini tanpa perlu memohon secara individu di institusi perbankan.

“Saya juga berharp agar kerajaan dapat memastikan semua institusi perbankan dan syarikat pemberi pinjaman kewangan berlesen mematuhi arahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Awang Sham berkata, penyambungan terus moratorium pembayaran pinjaman sehingga Disember ini pastinya akan memberi kelegaan kepada usahawan PKS yang terjejas.

Beliau turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk memberi Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar selama tiga bulan kepada individu yang terjejas akibat penularan pendemik Covid-19.

“Melihat situasi semasa pendemik Covid-19 dengan peningkatan kes positif yang amat membimbangkan pada masa sekarang berbanding peringkat awal pandemik maka adalah wajar kerajaan mempertimbangkan lanjutan moratorium ini,” katanya.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com