Dr. Kasim Hj. Md. Mansur dilantik Naib Canselor UMS yang baharu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Dr. Kasim Hj. Md. Mansur dilantik Naib Canselor UMS yang baharu


Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Md. Mansur

30 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Md. Mansur, 61 tahun, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu, berkuat kuasa mulai 3 Oktober ini.


Beliau merupakan anak kelahiran Sabah dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan ljazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Indiana State University, Terra Haute, Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of Wisconsin, Amerika Syarikat.


Dr. Kasim pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS selama lima tahun dari tahun 2009 hingga 2014.


Beliau merupakan seorang tokoh akademik yang sangat disenangi dalam kalangan pegawai dan pelajar UMS. Di peringkat Negeri Sabah pula, beliau member sumbangan yang signifikan kepada rakyat Sabah sebagai Ali Majlis Penasihat Ekonomi Sabah dan Ali Lembaga Institute For Development Studies Sabah.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi, berdasarkan reputasi kepimpinan institusi yang dimiliki, Dr. Kasim berkemampuan membentuk jaringan hubungan kerja yang harmoni dengan semua pemegang taruh berkepentingan khususnya di Negeri Sabah.


“Kementerian yakin beliau mampu meneraju UMS sebagai salah sebuah universiti pilihan di peringkat nasional seterusnya melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan.


“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin atas jasa bakti beliau menerajui UMS sebelum ini,” kata kenyataan itu hari ini.

bottom of page