Dua cedera kemalangan dua lori muatan kelapa sawit di Beluran
5 Disember 2024
SANDAKAN: Dua lelaki berusia 46 dan 18 tahun cedera dalam kemalangan membabitkan 2 lori berkapasiti 3 tan dan 10 tan yang membawa muatan kelapa sawit di Check Point Simpang Beluran pagi tadi.
Kedua-dua mangsa terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan kaki, dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi.
Ketua BBP Beluran, Edoen Macheal berkata, sepasukan 7 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Beluran dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer dari balai.
"Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Hospital Beluran menggunakan ambulans.
"Seterusnya pasukan bomba bertindak membersihkan kawasan kemalangan dan
setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 9.13 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
dengan sebuah jentera lalu membantu membersihkan kawasan kemalangan
"Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, kita menamatkan operasi pada jam 9.13 pagi." Jelasnya.
Sementara itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berada di lokasi juga telah memberi rawatan awal kepada sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke Hospital Beluran menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya.
Comments