top of page

Dua gereja di Kadamaian terima sumbangan ADUN Kadamaian

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 16, 2023
  • 1 min read

ree

16 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyumbang 35 buah kerusi kepada dua buah gereja di sini, baru-baru ini.


Kerusi-kerusi itu diserahkan kepada Gereja Katolik Kg. Ponopuan Kelawat dan Gereja SIB Kg. Rangalau Kadamaian, yang masing-masing menerima 35 buah kerusi.


Penyerahan sumbangan itu diwakili oleh Ketua Cawangan UPKO Kg. Ponopuan Kelawat, Alysius Lirik, bagi Gereja Katolik, dan Ketua Sidang SIB Rangalau, Kasim Tagas, bagi Gereja SIB.

ree

Sumbangan itu adalah sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada komuniti gereja di Kadamaian.


Sumbangan itu diserahkan di perkarangan Pejabat ADUN Kadamaian Skyblue Piasau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page