top of page
  • Wartawan Nabalu News

Dua penduduk Kadamaian terima katil boleh laras


26 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Dua penduduk Kampung Bukit Bendera dan Kampung Tamalang, Taginambur Jaya, Kota Belud, menerima katil boleh laras daripada program I Care Kadamaian baru-baru ini.


Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membantu penduduk yang memerlukan.


Penerima katil boleh laras ialah Yasundai Duan, 65, dari Kampung Bukit Bendera, dan Demphon@Dompul Ekir, 70, dari Kampung Tamalang. Katil boleh laras ini disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Majlis penyerahan katil boleh laras berlangsung di rumah kedua-dua penerima dan disempurnakan oleh staff ADUN Kadamaian dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taginambur Jaya, John Sindoong.


Program I Care Kadamaian adalah salah satu usaha ADUN Kadamain untuk menjaga kebajikan penduduk di kawasan Kadamaian, terutamanya yang kurang bernasib baik.

Comments


bottom of page