Dua remaja dicekup terlibat lumba haram di Sandakan hasil maklumat QR Code Aduan Masyarakat
- nabalunews
- Jun 24
- 1 min read

24 Jun 2025
SANDAKAN: Aktiviti lumba haram di Jalan Utara Batu 4, Sandakan terbongkar selepas orang awam menyalurkan maklumat melalui QR Code Aduan Masyarakat, sekali gus membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan oleh polis.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan melancarkan operasi khas susulan maklumat tersebut, dan berjaya menahan dua suspek manakala seorang lagi sempat meloloskan diri.
Sebuah motosikal yang digunakan dalam aktiviti terbabit turut disita bagi tujuan siasatan lanjut.
“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibawa ke IPD Sandakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan rasmi.
PDRM Sabah menyeru masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang melalui saluran rasmi seperti QR Code Aduan Masyarakat.
“Kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat amat penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara,” tambah kenyataan itu.


















Comments