top of page

Eksesais TUDM (SAREX AR 2 2024) di Kudat, orang ramai dinasihatkan tidak cemas

  • nabalunews
  • Nov 16, 2024
  • 1 min read

Eksesais TUDM (SAREX AR 2 2024) di Kudat, orang ramai dinasihatkan tidak cemasEksesais TUDM (SAREX AR 2 2024) di Kudat, orang ramai dinasihatkan tidak cemas


16 November


KUALA LUMPUR : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) akan melaksanakan latihan Search and Rescue Exercise Air Region 2 2024 di sekitar daerah Kudat, Sabah mulai 18 November hingga 22 November ini.


TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan latihan ini turut melibatkan penyertaan dari agensi-agensi dan pasukan keselamatan awam di Kudat, Sabah.


Pesawat TUDM dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah akan melaksanakan penerbangan taktikal di sekitar Kudat bagi tujuan latihan tersebut.


Selain itu, aset maritim milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga akan diaturgerak di perairan berhampiran Pulau Banggi dan Pulau Patanunam.


Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM dan PGU Sabah melakukan penerbangan taktikal sepanjang latihan ini berlangsung.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page