top of page

Malaysia, Australia sokong seruan keamanan Paus Leo, gesa dialog tamatkan konflik global

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 2 min read

16 April 2026


PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia menyatakan sokongan padu terhadap seruan Ketua Gereja Katolik, Paus Leo untuk keamanan global, dengan menggesa negara-negara supaya meneruskan dialog dan keadilan bagi menyelesaikan konflik serta mencegah penderitaan kemanusiaan yang berterusan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesej Paus Leo itu merupakan seruan moral sejagat yang melangkaui sempadan agama, dengan menegaskan bahawa seruan untuk keamanan harus disokong oleh semua penganut agama dan negara di seluruh dunia.


"Albanese (Perdana Menteri Australia) seorang Katolik, saya seorang Muslim, tetapi kita mempunyai persamaan. Kita sangat menghormati Paus Leo di Vatican," katanya pada sidang media bersama rakan sejawatnya itu di sini, hari ini., di sini hari ini.


Anwar berkata Malaysia berkongsi hasrat Pope Leo untuk keamanan, keadilan dan penamatan kekejaman smabil menegaskan masyarakat dunia perlu Bersatu menolak keganasan dan ketidakadilan, khususnya di wilayah bergolak seperti Gaza dan Asia Barat.


Beliau turut menekankan usaha Paus Leo untuk melibatkan pemimpin pelbagai agama, termasuk sarjana Islam dan dialog antara agama sebagai penting dalam memupuk persefahaman bersama dan kestabilan global.


Sementara itu, Albanese berkata Paus Leo akan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam Gereja Katolik, tetapi juga dalam membentuk wacana global mengenai keamanan dan nilai kemanusiaan, sekali gus meneruskan legasi penglibatan antara agama yang diperjuangkan oleh pendahulunya.


Beliau berkata konflik moden membawa kesan yang jauh melangkaui sempadan negara, menjejaskan nyawa orang awam serta kestabilan ekonomi global, sekali gus mengukuhkan keperluan kepada penyelesaian secara aman melalui diplomasi.


"Kami akan terus berhujah untuk de-eskalasi dan penyelesaian melalui dialog, bukannya melalui tindakan ketenteraan," katanya.


Pada 12 April lepas, Paus Leo XIV menggesa agar pertempuran dihentikan dalam satu seruan tegas ketika rundingan sedang berlangsung di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh dalam perang Iran-Amerika Syarikat-Israel.


Paus Leo turut mengkritik penyalahgunaan agama untuk mewajarkan keganasan serta mengecam usaha mendapatkan kuasa yang dikaitkan dengan kekerasan.


Seruan keamanan oleh Paus Leo itu semakin meningkat, khususnya berkaitan perang di Iran, dan beliau mengecam ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap Tehran dengan ketegasan luar biasa, menyifatkannya sebagai "benar-benar tidak boleh diterima. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page