top of page

Enam ditahan bersama 102,300 liter diesel

nabalunews

4 Februari 2025


KOTA KINABALU: Enam lelaki ditahan bersama 102,300 liter diesel subsidi dalam serbuan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) di sebuah stor penyimpanan minyak di Inanam, di sini, semalam.


Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM Wilayah Empat Sabah turut merampas beberapa kenderaan termasuk lori tangki dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM1,239,545.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan itu dijalankan menerusi operasi Op Taring Landai.


Katanya, pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti penyimpanan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran.


“Siasatan lanjut juga mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pemilikan/menyimpan barang bersubsidi yang sah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


“Pasukan operasi turut menahan enam lelaki disyaki pekerja di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Nazri berkata, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun terus ditahan bersama 12 tangki simpanan, enam kenderaan termasuk lori tangki dan minyak diesel dianggarkan 102,300 liter.


“Pasukan serbuan turut merampas tujuh unit motor pam, empat tong dan gulung hos minyak pelbagai saiz.


“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,239,545,” katanya.


Menurutnya, semua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page