top of page

Enam Kedai Terbakar

  • nabalunews
  • 53 minutes ago
  • 1 min read
ree

19 Disember 2025


KUALA PENYU: Enam pintu kedai jenis separuh kekal hampir musnah akibat kebakaran dalam satu kejadian di Kampung Kayul, di sini, semalam.


Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa.


Difahamkan, semua kedai terlibat hanya mengalami kerosakan kira-kira 60 peratus selepas tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkannya daripada musnah sepenuhnya.

ree

Pasukan bomba bertindak pantas memadam kebakaran bagi mengelakkan api daripada merebak lebih luas ke premis berhampiran.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Penolong Penguasa Bomba Zulhalim Abidin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.


Katanya, api kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.40 malam dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 12.30 tengah malam, manakala punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page