top of page

Enam Rumah, Kedai Runcit Dan Enam Kenderaan Terbakar

  • nabalunews
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

3 Mei 2026


KENINGAU: Enam rumah jenis separuh kekal dan sebuah kedai runcit musnah terbakar dalam insiden kebakaran di Kampung Apin-Api, di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, enam kenderaan penduduk termasuk dua kereta Proton Wira dan Proton Persona turut dilaporkan musnah selepas gagal diselamatkan pemilik.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus @Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.06 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan lima rumah yang terbakar 100 peratus, sebuah kedai runcit terbakar 50 peratus serta sebuah rumah separuh kekal terbakar 60 peratus.


“Turut terlibat enam kenderaan yang terbakar 100 peratus yang terdiri daripada dua kereta Proton Wira dan Proton Persona serta empat motosikal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran 60 meter dengan dua pancutan.


Katanya, operasi pemadaman yang menggunakan sumber air tangki jentera dan pili bomba berhampiran itu berjaya mengawal api kebakaran pada jam 8.02 pagi.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.10 tengah hari,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page