top of page

ESSCOM, Perikanan Rangka Strategi Tangani Kegiatan Bom Ikan Di ESSZONE

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 2 min read

ree

28 Oktober 2025


LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Jabatan Perikanan Malaysia, Sabah akan merangka strategi jangka panjang bagi menangani kegiatan pengebomam ikan di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).


Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, aktiviti pengeboman ikan dilihat membawa ancaman kepada pemuliharaan khazanah laut khasnya batu-batu karang yang begitu penting kepada sektor pelancongan negara.


Berikutan itu, katanya, ESSCOM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Sabah akan melaksanakan beberapa perbincangan dalam masa terdekat bagi merangka strategi bagi mencari penyelesaian masalah itu secara tuntas.

ree

“Ini termasuk melancarkan operasi secara bersepadu dengan beberapa agensi berkaitan di kawasan hotspot yang menjadi lokasi berlakunya kegiatan tersebut.


“Tanggungjawab untuk membasmi kegiatan bom ikan ini tidak hanya terletak dibahu pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasa sahaja termasuk Jabatan Perikanan.


“Komuniti Maritim di kawasan ESSZSONE perlu memainkan peranan membantu pasukan penguatkuasa termasuk menjadi mata dan telinga melaporkan kegiatan ini, sekali gus memastikan tindakan pencegahan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

ree

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhadah Mustapha bersama rombongan di sini, pada Isnin.


Victor berkata, selain penguatkuasaan, ESSCOM dengan kerjasama Jabatan Perikanan akan melaksanakan sesi libat urus di lokasi-lokasi tumpuan dengan mengadakan kempen kesedaran bertemakan “Katakan Tidak kepada Bom Ikan”, dalam tempoh terdekat.


Katanya, sesi libat urus itu antara lain bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak berurusan atau memulaukan penjual-penjual ikan yang menjual hasil tangkapan ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan.


“Kita juga bercadang untuk memperluaskan kempen kesedaran menggunakan saluran radio tempatan supaya seluruh komuniti maritim sedar mengenai kesan negatif sekiranya kegiatan ini tidak dibanteras dengan jayanya.


“Seluruh penduduk ESSZONE perlu sedar bahawa khazanah alam dan ekosistem laut ini perlu dijaga dengan sebaiknya bagi meningkatkan taraf sosiekonomi masyarakat yang bergantung dengan hasil tangkapan laut selain penting bagi sektor pelancongan”, katanya.


Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Komander ESSCOM atas kerjasama baik dalam membanteras aktiviti pengeboman ikan khususnya di kawasan ESSZONE.


Menurutnya, aktiviti itu perlu dihentikan bagi memelihara ekosistem dan khazanah laut yang begitu penitng kepada pihak kerajaan negeri kerana ianya berkait raoat dengan sector pelancongan.


"Banyak kesan negatif sekiranya kegiatan ini tidaik dibendung termasuk kemusnahan ekosistem laut yang akan memberi kesan kepada pembiakan ikan yang menjadi habitat penting kepada sector perikanan dan pelancongan," katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page