• Wartawan Nabalu News

ESSCOM TAHAN WANITA WARGA INDONESIA CUBA SELUDUP BARANG KEPERLUAN KE TAWAU



8 DIS 2020


TAWAU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan seorang wanita awal pagi Isnin kerana disyaki cuba membawa masuk barang-barang keperluan harian ke daerah ini tanpa permit sah.


Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata wanita berkenaan ditahan ketika dalan perjalanan dari negara jiran menuju ke perairan Muara Sungai Tawau Lama, batu 3, tawau dengan menaiki sebuah jongkong.


Beliau berkata bertindak atas maklumat penyeludupan kira-kira jam 3.00 pagi itu, sepasukan anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am Batalion 14, Angkatan Tentera Malaysia yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM ketika sedang dalam rondaan Op Cegah Pati (OCP) daratan telah diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.


"Apabila sampai di tempat kejadian, telah mengesan dan tahan sebuah jongkong yang sarat dengan muatan barang-barang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini.


"Pemeriksaan lanjut terhadap jongkong menemui seorang wanita bersama barangan seludup tersebut.


"Siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan mengakui cuba membawa masuk barangan tersebut tanpa memiliki permit atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Ahamd Fuad berkata, antara barangan yang dirampas termasuk 20 kotak gula merah indonesia, satu kotak perikuk kukus, 12 buah kuali kawah, enam kotak kuali aluminium, satu karung penyapu, satu karung kain baju daster, Sembilan karung beras pulut hitam, empat karung cheddar cheese, lapan karung serbuk kuku bima, dua karung sambal pechal, dua karung serbuk cincau, enam karung serbuk minuman pop ice, tiga karung kertas tembakau, 14 karung perasa masakan masako dan satu karung batang kayu penyapu.


"Turut dirampas perahu kayu jenis jongkong bersama enjin sangkut yamaha 40hp dengan nilai keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlh RM40,000.00,” katanya.


Beliau berkata suspek wanita, 43 tahun pemegang pasport Indonesia yang masih sah bersama barang-barang rampasan telah dibawa ke ibu pejabat polis Tawau untuk siasatan lanjut. Kes akan disaisat dibawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.


Sementara itu, Ahmad Fuad menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya komuniti pesisir pantai agar sentiasa memberikan kerjasama termasuk menjadi mata dan telinga pihak pasukan keselamatan dengan melaporkan sebarang perlakuan jenayah yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam serta kes-kes yang melanggar undang-undang negara seperti kes-kes penyeludupan, kes curi dan rompak serta kes-kes kemasukan pati di kawasan ESSZONE.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com