top of page

Ewon hadiri Kempen Derma Darah, sampaikan bantuan kebajikan

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 27, 2023
  • 1 min read
ree

27 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick hadir menderma darah sebagai sokongan program Kempen Derma Darah anjuran Wei Sheng Kuong Temple, Penampang dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.


Beliau berharap program seumpama itu diteruskan bagi membantu mengisi Tabung Darah Hospital yang amat memerlukan bekalan darah untuk para pesakit terutmanya Talasemia dan yang terlibat dalam pembedahan.


“Saya gembira kerana program ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar. Saya sendiri datang pada hari ini untuk menderma dan berharap lebih ramai orang menderma darah untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

ree

“Saya juga menyeru orang ramai supaya menjadikan amalan menderma darah sebagai gaya hidup sihat,” katanya selepas menderma darah di kg.Dungkahang, di sini, hari ini.


Ewon berkata, kempen derma darah boleh dilaksanakan pelbagai pihak termasuk badan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), badan keagamaan, badan-badan kerajaan dengan kerjasama pihak hospital.

ree

Turut hadir, Jannie Lasimbang, ADUN Kepayan dan Pengerusi Penganut Dewa Wei Sheng Koung, Yong Ah Loi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page