Ewon hadiri Rumah Terbuka Raya Aidilfitri PERNAS dan BLESS KUSKOP
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hadiri Rumah Terbuka Raya Aidilfitri PERNAS dan BLESS KUSKOP

7 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Majlis Rumah Terbuka Raya Aidilfitri anjuran agensi-agensi kementeriannya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi dengan usahawan.


Selain itu katanya, acara seumpama ini juga adalah platform terbaik bertukar pandangan diantara warga kerja agensi kementerian dengan usaahawan.


“Saya mengambil peluang menyantuni dan bersapa khabar dengan usahawan-usahawan francais negara yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), satu daripada agensi KUSKOP, yang bertanggungjawab dalam membangunkan sektor francais negara.

“Saya pernah bertemu dengan mereka dalam program-program sebelum ini dan saya gembira kerana perniagaan mereka terus berkembang maju. Semoga kejayaan mereka dalam perniagaan masing-masing dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada usahawan-usahawan lain dan bakal usahawan francais.


“Dalam pertemuan dengan usahawan-usahawan lain, saya juga menerima banyak jemputan untuk melancarkan pembukaan outlet usahawan-usahawan francais.


“Saya berharap semoga sector francais di negara ini terus berkembang maju bukan hanya dalam negara kita, tetapi juga ke pasaran negara-negara luar,” katanya.


Turut hadir Timbalan Menteri, Dato Ramanan Ramakrishnan dan Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Sri Suriani Dato Ahmad.


Terdahulu itu, Ewon menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Dasar dan Pemantauan, Koperasi Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang dihoskan di pejabat Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS) KUSKOP.

bottom of page