- Wartawan Nabalu News
Ewon hadiri Sukan Badminton anjuran Gereja SDA Mangkulat

17 Mei 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa menghadiri acara Sukan Badminton anjuran bersama Pelayanan Wanita dan Pelayanan Belia Gereja SDA Mangkulat, di sini.

Beliau berkata, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP), penurunan kes Covid-19 dan tempoh peralihan ke fasa endemik, memudahkan masyarakat melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk acara kesukanan.

"Selepas dua tahun tidak mengadakan sebarang aktiviti seperti ini, kesempatan dan peluang berkumpul dan menghadiri pertemuan di gereja amat bermakna, kerana selama ini kita hanya mengikutinya secara online.

"Sepanjang dua tahun lalu saya juga tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk melawat kampung kerana pergerakan agak terhad ditambah pula dengan SOP yang ketat.

"Pada hari ini, dengan kelonggaran SOP memudahkan saya menjalankan tanggungjawab melawat kampung dan menghadiri acara-acara seperti ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu, pada Ahad lalu.

Sebagai komitmen berterusan membantu pembangunan gereja, Ewon bersetuju untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi menambah tabung gereja SDA Mangkulat.