Sumbangan Dana Pesta Kaamatan Kampung Gensurai Disampaikan di Pejabat ADUN Kadamaian
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd
18 Mei 2026
KOTA BELUD: Pemaju Mukim, Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, mewakili Datuk Ewon Benedick selaku Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan dana bagi penganjuran Pesta Kaamatan Tahun 2026 kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gensurai, Ensin Matingkad.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Pejabat ADUN Kadamaian sebagai persiapan menjayakan sambutan Pesta Kaamatan Kampung Gensurai yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026.
Sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan kawasan Kadamaian dalam menyokong penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan pemeliharaan budaya di peringkat kampung.
Menurut Hadlee, sambutan Pesta Kaamatan bukan sekadar simbol kesyukuran hasil tuaian dan warisan budaya masyarakat Kadazandusun, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan, semangat kerjasama serta hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung.
Beliau turut berharap agar tradisi dan nilai budaya yang diwarisi turun-temurun terus dipelihara serta dihargai oleh generasi muda demi memastikan identiti budaya masyarakat tempatan kekal terpelihara.
Sementara itu, Ensin mewakili penduduk Kampung Gensurai merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick serta pihak UPPM Kadamaian atas sumbangan yang diberikan.
Katanya, bantuan tersebut amat bermakna dalam membantu persiapan sambutan Pesta Kaamatan di samping menyemarakkan semangat perpaduan, memelihara warisan budaya dan mengeratkan hubungan komuniti dalam kalangan penduduk kampung.















In Trees Hate You, the challenge comes from expecting tricks at all times. Trusting appearances is rarely a good idea.