top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon hadiri ulang tahun pentabisan tiga Paderi di Sacred Heart Inobong


Ewon (tiga dari kiri) dan Dompok (dua dari kiri) bergambar bersama paderi dan sebahagian umat yang hadir pada majlis itu.

14 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menghadiri hari ulang tahun pentabisan tiga paderi di Sacred Heart Inobong, di sini, pada Sabtu.


Rev Fr.Thomas Makajil menyambut ulang tahun pentadbisan ke-44, Rev Fr.Florian Markus (ke-11 tahun) dan Rev Fr.Gilbert Marcus (ke-4 tahun).



Sebelum menyertai jamuan makan sempena ulang tahun itu, Ewon turut bersama-sama umat Kristian merayakan Misa Petang.


Turut serta Tan Sri Bernard Dompok dan isteri Puan Sri Diana Dompok.


Selepas majlis itu, Ewon meneruskan program bertemu rakyat dan ceramah Pakatan Harapan Penampang di Funky Farm Food Court, Kepayan.





















bottom of page