Ewon, Kelab Kebajikan Kadamaian hulur sumbangan mangsa kebakaran di Kg.Gensurai
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon, Kelab Kebajikan Kadamaian hulur sumbangan mangsa kebakaran di Kg.Gensurai


Arron (tiga dari kiri) mewakili Ewon, menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran.

3 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick dan Kelab Kebajikan Kadamaian menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kg.Gensurai, hari ini.


Ewon diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud Arron Albert Guramon dan Kelab Kebajikan Kadamaian pula diwakili pengerusinya Shainim Epin.


Arron berkata, antara sumbangan yang disampaikan kepada keluarga Rudi Rantani ialah bantuan makanan, keperlun harian, wang tunai, alat tulis dan pakaian terpakai.


Arron (dua dari kanan) dan Shainim (tiga dari kanan) bersama rombongan ketika menyampaikan sumbangan itu.

“Walaupun sumbangan ini sedikit tetapi saya berharap ia dapat meringankan bebanan keluarga berkenaan sementara menunggu bantuan-bantuan lain daripada kerajaan.


“Terima kasih kepada Datuk Ewon atas keprihatinan dan kemurahan hati beliau menghulurkan sumbangan membantu rakyat Kadamaian yang memerlukan bantuan,” katanya kepada Nabalu News, selepas menyampaikan sumbangan itu di Kg.Gensurai, di sini, hari ini.


Rumah keluarga Rudi Rantaian seorang petani dan isterinya Dariah Bulugu bersama lima orang anaknya musnah dalam kebakaran beberapa hari lalu.


Rumah keluarga Rudi dan isterinya Dariah musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

Keluarga mangsa kebakaran kini menumpang di rumah saudara mereka di kampung itu, sementara menunggu pembinaan rumah baharu.


Shainim turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan termasuk parti-parti tempatan, badan bukan kerajaan (NGO), penduduk kampung, keluarga terdekat dan individu-individu lain.


“Saya difahamkan, keluarga itu akan dibantu oleh pihak pengurusan kampung atau saudara terdekat untuk permohonan mendapatkan rumah baharu selepas laporan polis dan urusan-urusan lain selesai,” katanya.



bottom of page