top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon ketuai rombongan UPKO beri penghormatan terakhir kepada Tan Sri Kurup

Ewon mengetuai rombongan pimpinan tertinggi UPKO memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

19 April 2024

Olwh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mengetuai rombongan pimpinan tertinggi UPKO memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup, semalam.


Upacara penghormatan terakhir itu diadakan di Fook Lu Siew, di sini.


“Dalam kepimpinan, mendiang telah memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara kita, pemergian ini satu kehilangan besar dalam kepimpinan masyarakat Kadazandusun,” katanya.

Turut serta memberikan penghormatan terakhir, dua mantan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Presiden Datuk Donald Peter Mojuntin dan rakan pimpinan parti.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan rombongan meluangkan masa lebih kurang satu jam bersama Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.


“Saya doakan agar saudara Arthur dan keluarga diberi kekuatan dan penghiburan dalam situasi sukar,” katanya.


Bekas Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup menghembuskan nafas terakhir, kira-kira 7.30 malam pada Selasa lalu, di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Comments


bottom of page