top of page

Ewon komited penyukatan tanah PANTAS diperluas di banyak kampung di Kadamaian

  • nabalunews
  • 13 hours ago
  • 1 min read
ree

27 Oktober 2025


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, komited memastikan Program Penyukatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) terus diperluas melibatkan lebih banyak kampung di kawasan Kadamaian.


Penyandang kerusi DUN Kadamaian itu berkata ini penting bagi mempercepatkan proses pengukuran dan pengeluaran geran tanah Anak Negeri di kampung berkenaan.


“Selepas menjadi ADUN Kadamaian pada tahun 2018, saya membawa Program PANTAS ini bermula di Mukim Kiau (tiga kampung), seterusnya di Kg Tambatuon, Mukim Melangkap (lima kampung) dan Mukim Sayap (dua kampung) yang sedang rancak disukat ketika ini.


“Pada tahun ini, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah juga telah mengadakan taklimat pengukuran PANTAS di Mukim Nahaba (tiga kampung), Mukim Tengkurus (empat kampung) dan hari ini di Mukim Pinolobuh (lima kampung).


“Saya akan terus berkomunikasi dengan bekerjasama dengan Kerajaan Sabah khususnya JTU Sabah dan Pejabat Hasil Bumi Sabah bagi memastikan lebih banyak kampung mendapat manfaat di bawah Program PANTAS ini terutamanya di kawasan yang saya wakili iaitu Kadamaian dan Penampang,” katanya.

ree

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena taklimat penyukatan tanah di bawah Program PANTAS Mukim Pinolobuh, di sini, hari ini.


Program PANTAS diperkenalkan sejak tahun 2011 melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi mempercepatkan pengukuran dan pengeluaran tanah Anak Negeri Sabah.


Ewon berkata, dalam Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMK13), Kerajaan Persekutuan meneruskan Program Pembangunan Khas Anak Negeri Sabah ini.

ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page