Ewon kunjungi dan sampaikan sumbangan kepada 6 KIR di Mukim Kelawat Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon kunjungi dan sampaikan sumbangan kepada 6 KIR di Mukim Kelawat Kadamaian


Ewon mengunjungi penerima sumbangan di Kg.Sumbilingon.

12 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan Program Turun Padang mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada enam ketua isi rumah (KIR) di Mukim Kelawat Kadamaian, di sini, kelmarin.


Penerima sumbangan adalah warga tua, kurang upaya dan miskin tegar dari Kampung Tobur Kelawat, Kg. Kelawat Pekan, Kg. Sumbilingon Kelawat, Kg. Sukang dan Kg.Pompod.


Sumbangan berupa kerusi roda, katil boleh laras dan bakul makanan itu disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) yayasan itu dan atas inisiatif Ewon untuk membantu komuniti Kadamaian.


Ewon bersama-sama Kelab Kebajikan Kadamaian menyampaikan sumbangan katil boleh laras dan bantuan bakul makanan kepada penerima sumbangan di Kg. Sukang.

Kesemua sumbangan disampaikan dalam Program I care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian) anjuran Kelab Kebajikan Kadamaian, kelmarin.


Ewon berkata, program itu adalah sebagai tanda prihatin dan empati beliau kepada penduduk Kadamaian yang memerlukan bantuan


“Program ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meringankan bebanan penerima dan keluarga mereka, serta memberi sedikit keselesaan dan kegembiraan dalam menjalani hidup,” katanya.


Ewon turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat dan Kelab Kebajikan Kadamaian, yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan di Kg.Kelawat Pekan.

bottom of page