• Wartawan Nabalu News

EWON KUNJUNGI PENERIMA RUMAH PPRT MUKIM LASAU


Makcil Langkani memasukkan buah pangi dalam plastik untuk dihadiahkan kepada Ewon.

8 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Penerima bina baharu rumah program perumahan rakyat termiskin (PPRT) kawasan Kadamaian gembira dan berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas usaha membantu mereka mendapatkan rumah yang lebih seslesa.


Antara penerima rumah PPRT di Mukim Lasau ialah Langkani Gais di Kampung Gonok, Dina Lungkiau (Kg.Podi) dan Mijoh Kembiris(Kg.Bunduu Lapak).




Kesemua rumah PPRT itu siap pada tahun lalu dan kini para penerimanya sudah berpindah masuk ke rumah baharu mereka.


Sebagai ucapan terima kasih atas keprihatinan Ewon membantu mendapatkan rumah baharu itu, Makcik Langkani menghadiakan satu plastik buah pangi (Kepayang) kepada Ewon.



Ewon berkata: "Saya gembira melihat para penerima rumah PPRT gembira mendapat rumah baharu. Kita akan teruskan usaha ini untuk membantu lebih ramai rakyat Kadamaian yang memerlukan bantuan," katanya selepas program turun padang di Kadamaian, kelmarin.



Dalam kunjungan itu, Ewon turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur kepada setiap penerima rumah PPRT sebagai tanda keprihatinan dan ucapan terima kasih atas sokongan berteruusan.