top of page

Ewon kunjungi Persatuan Warga Emas Penampang

Wartawan Nabalu News


11 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi Persatuan Warga Emas Penampang dan mengadakan dialog bersama ahli-ahli persatuan itu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, selain memberi tumpuan kepada program-program keusahawanan dan pembangunan di kawasan Penampang, kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk warga emas juga diberi perhatian. “Terima kasih kepada ahli-ahli persatuan ini kerana memberikan sokongan kepada saya pada pilihan raya lalu dan saya akan terus bekerja keras membangunkan Penampang. Saya juga akan terus bekerjasama dengan persatuan-persatuan untuk pembangunan sosial di Penampang.

“Tahniah kepada persatuan kerana aktif melaksanakan pelbagai aktiviti sihat. Sebagai sokongan saya sampaikan sumbangan RM20,000 bagi membolehkan persatuan meneruskan aktiviti sihat dan keperluan lain di pejabat persatuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program santai Dialog Bersama Persatuan Warga Emas Penampang, di sini, hari ini. Sementara itu Pengerusi Persatuan Warga Emas Penampang Chong Fook Choi berkata, persatuan itu ditubuhkan pada 2017 bagi memberi sokongan kepada ahli-ahlinya menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas sejajar dengan konsep warga emas aktif dan produktif. Turut hadir Ketua Bahagian Upko Penampang Datuk Donald P.Mojuntin, Setiausaha Politik Menteri Carl Moosom, Ketua Perhubungan Pusat Khidmat Penampang Bryan Matasing dan ahli-ahli persatuan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page