Ewon lawat keluarga mangsa ribut di Kg Babagon sebelum ke sidang DUN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon lawat keluarga mangsa ribut di Kg Babagon sebelum ke sidang DUN


8 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick melawat keluarga mangsa bencana ribut di Kg.Babagon di sini, hari ini, sebelum menghadiri persidangan dewan undangan negeri.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut meninjau keadaan beberapa rumah di kampung itu yang mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan angin kencang.

“Saya menerima aduan bahawa beberapa rumah di Kg.Babagon mengalami kerosakan. Saya bersimpati dengan keluarga berkenaan dan berharap mereka bersabar sementara menunggu pembaikan kerosakan rumah mereka.


“Saya juga telah meminta urusetia Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang supaya mengenalpasti keluarga lain yang turut mengalami kerosakan rumah akibat bencana supaya dapat dibantu,” katanya.

Ewon melawat keluarga berkenaan sebelum menghadiri persidangan dewan undangan negeri Sabah, pagi tadi.


Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga di kampung itu.

bottom of page