top of page

Ewon pengerusikan MPKK, tekad perkasa gerakan koperasi

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 10, 2023
  • 1 min read

10 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bertekad memperkasakan gerakan koperasi di negara ini melalui Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK).


Beliau yang juga pengerusi MPKK berkata, ini selaras dengan tujuan utama penubuhan MPKK iaitu mewujudkan satu forum bagi menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi.


“Selain itu ia juga bertujuan menyelaras dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan negeri dalam membangunkan gerakan koperasi.

“Mesyuarat MPKK ini adalah yang pertama tahun ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan penambahbaikan tadbir urus dan pembangunan gerakan koperasi di negara ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat itu, di sini, hari ini.


Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Suriani Dato Ahmad, pengurusan tertinggi kementerian, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang memegang portfolio keusahawanan, wakil gerakan Koperasi dan ahli akademik.


Pada mesyuarat itu, Ewon turut menyampaikan sijil pelantikan anggota MPKK Tahun 2023.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page