• Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan sumbangan kepada 150 keluarga terjejas banjir di Kadamaian


Ewon sampaikan sumbangan 150 kampit beras kepada penduduk terjejas banjir di Kadamaian.

6 September 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Ewon Benedick hari ini menyampaikan sumbangan kepada 150 keluarga terjejas banjir di tiga buah kampung kawasan Kadamaian.


Keluarga tersebut daripada Kg Pangi, Kg Pompod dan Kg Pahu.


Hujan lebat beberapa hari minggu lepas menyebabkan banjir di ketiga-tiga kampung mengakibatkan jalan utama ditenggelami air.


Selain itu rumah penduduk kampung turut terjejas dimasuki air menyebabkan kerugian harta benda keluarga tersebut.


Jalan utama yang masih ditenggelami air.

Dalam tinjauan Ewon hari ini, jalan utama Kg Pangi dan sebahagian jalan utama Kg Pompod masih ditenggelami air.


Terdahulu, keluarga terjejas juga menerima sumbangan bahan makanan daripada UPPM Kadamaian dan Ahli Parlimen Kota Belud.