Ewon sampaikan sumbangan kepada pelajar Asrama Jubilee Tambulion, BTSM Melangkap

12 Ogos 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan pek makanan kepada para pelajar Asrama Jubilee Tambulion Kota Belud dan Borneo Theological Seminary (BTSM) Melangkap.
Sumbangan berupa roti bun, kuih dan minuman itu disampaikan oleh Dr.Rizoh Bosorong dan Saikom Watis, Urusetia Pusat Khidmat Adun Kadamaian, hari ini.
Ewon berkata, pusat khidmat ADUN N11 dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira 45 pelajar SMK Tambulion, yang kebanyakannya dari kawasan luar bandar, memilih untuk tinggal di Asrama Jubilee untuk memberi tumpuan kepada pelajaran dibawah pengawasan warden dan keselesaan untuk mengikuti PdPR, sejak PKP 3.0 dilaksanakan.
Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memberi galakan kepada para pelajar sekolah untuk terus menumpukan perhatian kepada pelajaran masing-masing.
Asrama persendirian itu dibawah kelolaan Gereja Sidang Injil Borneo Kuala Lumpur (SIB KL).

Selain itu, urusetia Pusat Khidmat Adun Kadamaian turut menyampaikan bantuan kepada pihak BTSM Melangkap untuk manfaat 24 pelajar dan tiga tenaga pengajar (pastor).
Comments